Tuesday, March 2, 2010

Perkara yang di takuti??? Secara dasarnya...

Enam ketakutan dasar

Ø Takut akan kemiskinan

Ø Takut akan kritik

Ø Takut akan penyakit

Ø Takut kehilangan cinta

Ø Takut akan usia tua

Ø Takut akan kematian


Berikut adalah soalan yang boleh membantu individu untuk mengenali diri atau peribadi dari sudut pandangan sendiri. Walau bagaimanapun, anda perlu jawab dengan sejujurnya soalan ini supaya hasilnya akan memuaskan diri sendiri. Selamat mencuba...


Soalan-soalan analisis peribadi

1. Adakah anda kerap mengeluh “merasa kurang sedap,” dan jika benar begitu, apa puncanya?

2. Adakah anda mencari-cari kesalaahan orang lain jika dihasut sedikit sahaja?

3. Adakah anda kerap membuat kesalahan dalam pekerjaan dan jika benar begitu, sebab apa?

4. Adakah anda pemberang dan suka menyerang dalam percakapan?

5. Adakah anda dengan sengaja menghindari pergaulan dengan seseorang dan jika benar begitu, apa sebabnya?

6. Adakah anda kerap menderita gangguan penghadaman makanan?jika benar begitu, apa sebabnya?

7. Adakah kehidupan terasa sia-sia dan masa depan tanpa harapan bagi anda? Adakah anda menyukai pekerjaan anda? Jika tidak, apa sebabnya?

8. Adakah anda kerap merasa kasihan kepada diri sendiri dan jika benar apa sebabnya?

9. Adakah anda iri hati kepada oarng yang lebih unggul daripada anda? Mana yang paling banyak anda beri waktu, memikirkan kejayaan atau kegagalan?

10. Adakah anda memperolehi makin banyak atau kehilangan kepercayaann kepada diri sendiri ketika anda semakin tua?

11. Adakah anda memetik pelajaran yang berharga dari semua kesalahan?

12. Adakah anda membiarkan kerabat atau kenalan membuat anda khuatir dan jika benar begitu apa sebabnya?

13. Adakah anda kadang-kadang bingung dan pada peluang yang lain tenggelam dalam kesedihan?Siapa yang paling banyak memiliki pengaruh yang memberi inspirasi kepada anda? Apa sebabnya?

14. Adakah anda memberi tolak ansur kepada pengaruh negatif atau pengaruh yang menurunkan semangat yang boleh anda hindarkan?

15. Adakah anda tidak mempedulikan penampilan peribadi anda?Jika benar begitu, bila dan apa sebabnya?pernahkah anda belajar bagaimana cara “menenggelamkan kesukaran” dengan terlalu sibuk sehingga tidak terganggu oleh kesukaran?

16. Adakah anda akan menyebut diri sendiri “orang yang lemah” jika anda membiarkan orang lain berfikir untuk anda?

17. Adakah anda tidak mengacuhkan instrospeksi diri sendir, hingga anda diracuni dengan rasa mudah marah dan emosional? Berapa banyak gangguan yang boleh dicegah menyulitkan anda dan mengapa anda memberinya tolak ansur?

18. Adakah anda menggunakan minumam kerana dadah atau rokok untuk “menenangkan saraf’? Jika benar begitu, mengapa anda tidak memanfaatkan kekuatan kemahuan sahaja? Adakah seseorang “mendesak-desak” anda dan jika benar begitu, kerana alasan apa?

19. Adakah anda mempunyai matlamat utama yang pasti dan jika benar begitu, apa matlamat itu dan apa perancangan yang anda miliki untuk mencapainya?

20. Adakah anda menderita salah satu dari enam ketakutan dasar ? jika benar begitu, yang mana?

21. Adakah anda mempunyai pendekatan yang boleh anda gunakan untuk melindungi diri anda dari pengaruh negatif lain?

22. Adakah anda dengan sengaja menggunakan dorongan peribadi untuk membuat fikiran anda positif?

23. Mana yang paling anda hargai, benda yang anda miliki atau hak istimewa anda untuk mengawal pemikiran anda?

24. Adakah anda mudah dipengaruhi orang lain dalam hal yang bertentangan dengan penilaian anda?

25. Adakah hari ini menambahkan apa sahaja yang berharga ke dalam gudang pengetahuan atau keadaan fikiran anda? Adakah anda dengan berani menghadapi keadaan yang membuat anda tidak senang atau menghindari tanggungjawab?

26. Adakah anda menganalisis semua kesalahan dan kegagalan dan berusaha memetik keuntungan dari itu semua, atau apakah anda mengambil sikap bahawa itu bukan kewajipan anda?

27. Dapatkah anda menyebutkan tiga kelemahan anda yang paling merosak? Apa yang anda lakukan untuk memperbaikinya?

28. Adakah anda mendorong orang lain untuk mengadukan keresahan mereka kepada anda untuk meminta rasa kasihan?

29. Adakah dari pengalaman sehari-hari anda memilih pelajaran atau pengaruh yang membantu kemajuan peribadi anda?

30. Adakah kehadiran anda biasa memberi pengaruh negatif terhadap orang lain?

31. Kebiasaan orang lain apa yang paling mengganggu anda? adakah anda membentuk pendapat anda sendiri atau membiarkan diri anda dipengaruhi orang lain?

32. Pernahkah anda mempelajari bagaimana cara menciptakan keadaan fikiran yang boleh anda gunakan untuk melindungi diri anda dari pengaruh yang merugikan? Adakah pekerjaan anda mengilhamkan anda dengan keyakinan dan harapan?adakah anda menyedari bahawa anda memiliki kekuatan spiritual yang sangat besar untuk memungkinkan anda boleh membebaskan fikiran anda dari segala bentuk rasa takut?

33. Adakah agama anda membantu anda menjaga agar fikiran anda selalu positif?
Adakah anda merasakan bahawa menjadi kewajipan anda untuk ikut menanggung keresahan orang lain? Jika benar begitu, apa sebabnya?

34. Adakah kawan pertemuan anda mentalnya lebih unggul atau lebih rendah daripada anda?

35. Berapa banyak waktu dari setiap dua puluh empat jam yang anda gunakan kepada :

a) Pekerjaan Anda

b) Tidur

c) Bermain dan santai

d) Mendapat pengetahuan berguna

36. Adakah kebimbangan anda yang terbesar? Mengapa anda memberinya tolak ansur? Ketika orang lain menawarkan nasihat yang tidak diminta secara percuma, apakah anda menerimanya tanpa soalan atau meninjau motifnya.

37. Apa yang paling anda inginkan di atas segala-galanya? adakah anda bermaksud memperolehnya?

38. Adakah anda ingin mengesampingkan semua keinginan yang lain untuk keinginan yang satu ini?Beberapa banyak waktu setiap hari yang anda sediakan untuk memperoleh keinginan ini?

39. Adakah anda kerap mengubah pendirian?Jika benar begitu, apa sebabnya?

40. Adakah anda mudah terpengaruh dengan apa yang difikirkan atau dikatakan orang lain kepada anda? Adakah anda tunduk kepada orang lain kerana status sosial dan kewangannya? Siapa yang anda yakini sebagai orang terbesar yang pernah hidup? Dalam hal apa orang ini lebih unggul daripada anda?

41. Berapa banyak waktu yang anda sediakan untuk mempelajari dan menjawab soalan-soalan ini?( Sekurang-kurangnya satu hari diperlukan untuk melakukan analisis dan menjawab seluruh senarai)

Jika anda menjawab soalan ini dengan jujur maka anda akan lebih banyak tahu tentang diri anda daripada kebanyakan orang lain. Pelajari soalan ini dengan cermat, kembalilah mempelajari lagi sekali dalam masa seminggu selama beberapa bulan dan anda mungkin terkejut menyedari banyaknya pengetahuan tambahan yang sangat berharga bagi anda yang akan anda perolehi dengan pendekatan sederhana menjawab soalan dengan jujur.

Jika anda tidak yakin tentang jawapan terhadap beberapa soalan, mintalah bimbingan kepada orang yang anda kenal dengan baik terutama mereka yang tidak punyai motif untuk menyanjung anda dan lihatlah diri anda menerusi mata mereka. Pengalaman yang anda perolehi akan menakjubkan.

No comments:

Post a Comment